Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip MediaTek Dimensity 9000 dilihat lebih berkuasa dari Snapdragon 8 Gen 1


Cipset flagship dari tiga syarikat pengeluar cip peranti mudah alih iaitu MediaTek, Qualcomm dan Samsung telah dilancarkan secara rasmi namun setakat ini hanya cip Snapdragon 8 Gen 1 yang telah digunakan pada beberapa telefon pintar manakala telefon pintar dua lagi cipset flagship yang lain masih belum rasmi.

Prestasi cipset pada ujian benchmark adalah sesuatu yang boleh kita lihat sebagai perbandingan dan Ice Universe telah berkongsi beberapa keputusan ujian Geekbench 5 di Twitter yang menunjukkan Dimensity 9000 telah memperoleh mata ujian yang mengatasi Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200 didalam ujian satu teras dan beberapa teras.

Walaubagaimanapun, harus kita ingat bahawa cip Exynos 2200 dan Dimensity 9000 masih belum berada dipasaran secara rasmi dan prestasi sebenar bagi kedua-dua cipset ini mungkin berbeza.

Cip Dimensity 9000 dijangka akan digunakan pada Oppo Find X5 manakala cip Exynos 2200 akan digunakan pada Samsung Galaxy S22 Series.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.