Apple Watch Series 8 akan tampil dengan reka bentuk baharu dan bateri lebih baik
Apple Watch Series 8 akan dilancarkan tahun ini bersama iPhone 14 Series pada bulan September dan ianya dikatakan akan tampil dengan beberapa sensor kesihatan baru yang termasuk sensor suhu badan.
Walaubagaimanapun, laporan terbaru daripada Mark Gurman dari Bloomberg mendakwa bahawa ianya mungkin tidak menjadi kenyataan tahun ini.
Mark Gurman mendakwa Apple mungkin akan memperkenalkan sensor suhu badan pada tahun 2023 manakala sensor kesihatan lain seperti bacaan glukosa dalam darah pula hanya akan tiba beberapa tahun kemudian.
Dalam pada itu, Apple masih merancang untuk melancarkan Apple Watch versi lasak dan model entry-level yang baharu tahun ini.
Laporan Mark Gurman mendakwa bahawa Apple akan memfokuskan kepada reka bentuk dan penambahbaikan jangka hayat bateri pada Apple Watch Series 8 sementara memastikan teknologi sensor kesihatan baharu ini lebih matang.