Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,199

HUAWEI P50 Pro yang dilancarkan pada bulan Julai yang lalu kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga jualan RM 4,199.

HUAWEI P50 Pro telah dilancarkan di Malaysia bersama HUAWEI P50 Pocket namun HUAWEI P50 tidak memasuki pasaran tempatan buat masa ini.

HUAWEI P50 Pro akan tampil dengan skrin paparan 120Hz curved OLED berukuran 6.6-inci, pemproses Snapdragon 888 4G,  8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

HUAWEI P50 Pro memiliki sensor utama 50MP True Chroma f/1.8 yang mempunyai OIS, satu sensor monokrom 40MP iaitu pada lensa 26mm dengan aperture f/1.6 , sensor ultrawide 13MP dan sensor periskop 64MP yang menawarkan zoom sehingga 100x dan OIS.


HUAWEI P50 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,360mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

HUAWEI P50 Pro juga mempunyai pensijilan IP68, EMUI 12, dual stereo speaker dan kamera selfie 13MP.

HUAWEI P50 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Golden Black dan Cocoa Gold dengan harga RM 4,199.

Pra-tempahan kini dibuka dimana setiap pembelian akan menerima satu unit HUAWEI Watch GT 2, 1 kali gantian skrin percuma dan baucar HUAWEI Mobile Services & Partner bernilai RM 725.

Anda boleh membuat pra-tempahan di HUAWEI Experience Store, HUAWEI Online Store, Lazada, Shopee dan Sengheng.

Jualan rasmi akan bermula pada 22 Januari dan akan turut ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi utama Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.