Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 4 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Januari ini

Black Shark 4 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Januari ini 3
Black Shark Malaysia secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar Black Shark 4 Pro akan memasuki pasaran tempatan pada 17 Januari ini.

Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro telah dilancarkan pada bulan Mac yang lalu dan tidak dapat juga dipastikan kenapa Black Shark tidak memperkenalkan Black Shark 4s yang lebih terkini.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi Black Shark 4 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED berukuran 6.67-inci keluaran Samsung dan ianya menyokong kadar segar semula 144Hz selain kadar pensampelan sentuhan 720Hz.

Black Shark 4 Pro memiliki cip Snapdragon 888 dan untuk pengurusan terma yang lebih baik, versi Pro juga disertakan dengan dua lapisan sistem penyejukan Liquid Cooling.

Beralih kepada bateri pula, Black Shark 4 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan pengecasan pantas 120W yang mana pengecasan penuh dari 0-100% boleh dilakukan didalam masa kurang dari 15 minit.

Pada bahagaian kamera, Black Shark 4 Pro tampil dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP selain satu sensor makro 5MP.

Selain itu, Black Shark 4 Pro juga menampilkan butang shoulder yang boleh di pra-tetap, sensor capjari dalam skrin dan butang kelantangan bunyi dibahagian sisi kiri serta antaramuka JOY UI.

Harga jualan Black Shark 4 Pro di Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.