Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tencent Games dilaporkan akan ambil alih jenama Black Shark daripada Xiaomi – bernilai RM 1.98 bilion


Satu laporan terbaru dari China mendakwa bahawa Tencent Games akan mengambil alih syarikat pengeluar telefon pintar gaming milik Xiaomi iaitu Black Shark.

Jika berjaya, pengambilalihan Black Shark oleh Tencent Games ini dilaporkan bernilai CNY 3 bilion atau sekitar RM 1.98 bilion.

Buat masa ini maklumat mengenai pengambilalihan ini masih tidak jelas namun jika berjaya, Tencent akan memasuki pasaran telefon pintar gaming dengan produk mereka yang tersendiri.

Tencent sebelum ini telah berkerjasama dengan beberapa pengeluar telefon pintar khususnya yang memfokuskan kepada gaming seperti Asus ROG Phone dan nubia Red Magic Series.

Pengambilalihan syarikat milik Black Shark juga memberikan Tencent satu asas yang kukuh kerana jenama telefon pintar gaming sudah popular di pasaran dalam dan luar China.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.