Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Imej rasmi Honor Magic V mula dikeluarkan


Kita hanya perlu menanti beberapa hari sahaja lagi untuk menyaksikan pelancaran telefon pintar pertama foldable Honor iaitu Honor Magic V.

Honor Magic V hadir dengan konsep yang sama beberapa telefon pintar foldable dipasaran iaitu Samsung Galaxy Z Fold3, Xiaomi Mi Mix Fold dan yang terbaru Oppo Find N.

Selepas pengesahan rasmi bahawa telefon pintar ini akan dilancarkan pada 10 Januari, akaun Weibo miliki Majalah Esquire bagi pasaran China telah memuatnaik gambar telefon pintar ini.

Honor Magic V nampaknya akan tampil didalam warna oren yang diperbuat daripada kulit vegan dan ianya mungkin kali pertama digunakan pada peranti foldable.

Selain itu, gambar ini juga memberikan kita maklumat bahawa ianya akan memiliki tiga unit kamera dibelakang dan ianya mungkin terdiri daripada dua sensor utama 50MP.

Selain itu, khabar angin sebelum ini juga mendakwa ianya akan tampil dengan pengecasan pantas 66W dan skrin paparan utama 120Hz.

Apa yang pasti Honor Magic V akan menjadi telefon pintar foldable pertama dipasaran dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.