Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Malaysia tawar AirPods secara percuma bagi pelajar dan guru yang beli iPad atau Mac


Promosi pendidikan Apple Higher Education Offer 2022 yang ditawarkan kepada golongan pelajar dan pendidik di Malaysia membolehkan setiap pembelian produk Apple yang terpilih akan menerima AirPods generasi ke-2 secara percuma atau diskaun sebanyak RM 589 bagi pembelian Airpods generasi ke-3 atau AirPods Pro.


Anda boleh menikmati promosi ini dengan pembelian tablet iPad Air
dan iPad Pro (iPad generasi ke-9 dan iPad Mini tidak serta dalam promosi ini) atau komputer riba iMac, Mac mini, Mac Pro, MacBook Pro dan MacBook Air bagi pelajarIPTA atau IPTS, guru, pensyarah dan kakitangan institusi pendidikan yang layak dan kelayakan ini boleh disemak di dengan membuat pendaftaran di UNiDAYS 


Selain itu, pengguna yang layak juga boleh menikmati 20% potongan bagi pembelian pelan perlindungan AppleCare.

Anda juga boleh menghubungi 1800-80-6419 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi ini.

Promosi ini akan berlangsung dari 6 Januari sehingga 7 Mac 2022.

Terma dan syarat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.