Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip Samsung Exynos 2200 akan dilancarkan 11 Januari ini – akan diguna pada Galaxy S22 Series


Samsung secara rasminya telah mengesahkan pelancaran cip pemprosesan flagship mereka iaitu Exynos 2200 pada 11 Januari ini dan ia akan tampil dengan grafik AMD.

Pelancaran Exynos 2200 ini akan berlangsung beberapa hari selepas CES dan pelancaran Galaxy S21 FE yang dikatakan akan berlangsung pada 3 Januari ini.

Cip Exynos 2200 ini akan digunakan pada Samsung Galaxy S22 Series yang akan dilancarkan pada awal bulan Februari 2022.

GPU yang berasaskan RDNA 2 pada Exynos 2200 adalah tumpuan utama cipset ini kerana arkitektur ini juga digunakan dalam konsol permainan Xbox dan PlayStation.

Ini juga bermaksud, cip Exynos 2200 akan menjadi yang pertama untuk menyokong ray tracing pada peranti mudah alih yang mungkin akan meningkatkan tahap gaming didalam industri telefon pintar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.