Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Foldable Honor Magic V akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi


Beberapa bulan lalu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Honor bakal melancarkan telefon pintar foldable mereka pada suku ke-4 tahun ini dengan nama Honor Magic X.

Perkara ini ternyata benar kerana Honor kini telah mengesahkan bahawa telefon pintar foldable pertama syarikat ini akan dilancarkan tidak lama lagi dengan nama Honor Magic V.

Selain itu, Honor juga telah mengesahkan secara rasmi ianya akan melancarkan telefon pintar dengan cip Snapdragon 8 Gen1 dan Honor Magic V mungkin turut hadir dengan cip terbaru Snapdragon.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai Honor Magic V diketahui namun lebih banyak info rasmi mengenai telefon pintar ini akan diumumkan didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.