Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan hebat Joy-Full OPPO kini berlangsung dengan promosi dan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM 8 juta


OPPO Malaysia telah mengumumkan penjualan  Joy-Full Sale yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga 14 Januari 2022, dengan promosi dan hadiah percuma bernilai sehingga RM 8 juta.


Ini merupakan waktu terbaik untuk anda menukar telefon pintar dan berikut adalah antara promosi yang ditawarkan bagi model Oppo yang terpilih :

OPPO Find X3 Pro – RM 4,429 – percuma Wireless Charging Table Lamp bernilai RM 279

OPPO Reno6 Pro – RM 2,999

OPPO Reno6 – RM 2,399

OPPO Reno6 Z – RM 1,699

  • Setiap pembelian Oppo Reno6 Series akan menerima Reno6 series gift box bernilai RM277.00 dan rebat serta merta bernilai RM100

OPPO A95 – RM 1,099 – Dapatkan True Wireless Earbuds bernilai RM 109 pada harga RM 1 sahaja.

Selain itu, pelanggan yang membeli model telefon pintar terpilih seperti yang dinyatakan di atas juga layak mendapat diskaun sehingga 20% apabila membeli Pelan Perlindungan Peranti 1 tahun, OPPO Watch (46mm dan 41mm) dan banyak lagi.

mereka yang membeli mana-mana model telefon pintar OPPO juga akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah hebat melalui Festive Miracle Giveaway seperti penginapan percuma di Resorts World Genting dengan tiket Genting SkyWorlds Theme Park, OPPO A95 dan banyak lagi!

Selain itu, ahli My OPPO Members juga akan menerima baucar tiket Genting SkyWorlds Theme Park dan baucar minuman bersaiz Grande  Starbucks  beli 1 percuma 1 yang boleh ditebus di aplikasi My OPPO apabila mereka membeli telefon pintar OPPO yang terpilih.

Jualan Joy-Full OPPO ini kini ditawarkan di My OPPO Space, OPPO Brand Store, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Shopee, Lazada dan Astro Go Shop.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.