Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro+ disahkan akan memiliki pengecasan pantas 65W dan sensor utama 50MP

realme 9 Pro+ disahkan akan memiliki pengecasan pantas 65W dan sensor utama 50MP 3
Selain pelancaran flagship premium realme GT 2 Pro yang akan tampil dengan tiga teknologi pertama didunia, realme juga sedang bersiap sedia untuk melancarkan realme 9 Series tidak lama lagi.

realme 9 Series dijangka akan dilancarkan pada minggu minggu pertama tahun 2022 dan telefon pintar ini telah menerima pensijilan CQC yang secara tidak langsung mengesahkan beberapa spesifikasi penting telefon pintar ini.

realme 9 Pro+ kini boleh disahkan akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas 65W dan ianya akan turut memiliki sensor utama 50MP bersama-sama kamera selfie 16MP. Selain dari ini, kebanyakkan spesifikasi realme 9 Pro+ masih tidak diketahui.

Walaubagaimanapun, sebahagian besar spesifikasi realme 9i yang akan dilancarkan bersama realme 9 Pro+ telah didedahkan dimana ianya akan hadir dengan pemproses Snapdragon 680G, skrin paparan FHD+ 90Hz berukuran 6.5-inci, sehingga 8GB RAM, sensor utama 50MP dan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.