Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10 Pro akan dilancarkan pada Januari 2022 – spesifikasi telah diketahui

@OnLeaks

Selain Xiaomi, OnePlus juga telah mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar flagship mereka iaitu OnePlus.

Xiaomi 12 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Disember ini

Pengasas OnePlus iaitu Pete Lau telah mengesahkan melalui akaun Weibo beliau bahawa OnePlus 10 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari 2022.

OnePlus 10 Pro dijangka akan turut dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen1 yang merupakan cipset flagship Android bagi tahun 2022.

Selain daripada itu, OnePlus 10 Pro juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan LTPO AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Dalam pada itu, cip Snapdragon 8 Gen1 pada OnePlus 10 Pro ini juga akan memiliki 12GB RAM jenis LPDRR5 dan storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1.

Bercakap mengenai kamera pula, OnePlus 10 Pro akan memiliki tetapan kamera yang sama seperti OnePlus iaitu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto 3.3x 8MP.

Pelancaran OnePlus 10 Pro yang dimaksudkan ini adalah untuk pasaran China manakala pelancaran pasaran antarabangsa mungkin akan berlangsung sekitar bulan April 2022.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.