Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Philips PH1 dilancarkan pada harga sekitar RM 329


Philips adalah sebuah jenama produk elektronik yang popular namun tahukah anda bahawa syarikat ini baru sahaja melancarkan telefon pintar Philips PH1 di China.

Philips PH1 adalah sebuah telefon pintar entry-level namun ianya adalah usaha terbaru daripada syarikat ini.

Philips PH1 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci yang juga mempunyai kamera selfie 5MP pada notch waterdrop.

Selain itu, Philips PH1 akan hadir dengan pemproses Unisoc Tiger T310 yang dipadankan dengan 4GB RAM bersama tiga pilihan storan dalaman iaitu 32GB, 64GB atau 128GB.

Pada bahagian kamera pula, Philips PH1 memiliki reka bentuk modul kamera dual ring yang menempatkan satu sensor utama 13MP dan sensor depth 2MP.

Akhir sekali, Philips PH1 memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan dilakukan melalui slot USB-C.

Berikut adalah harga Philips PH1 di China :

Philips PH1 4/32GB – CNY 499 (RM 329)

Philips PH1 4/64GB – CNY 569 (RM 375)

Philips PH1 4/128GB – CNY 769 (RM 507)

sumber

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.