Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beli Netflix gift card di 7-Eleven dan menangi wang tunai bernilai RM 10K


7-Eleven Malaysia telah mengumumkan peraduan
Netflix Buy & Win yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga 26 Disember 2021.

Untuk memberikan anda peluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM 35,000, anda hanya perlu membeli Netflix gift card di 7-Eleven, ambik gambar resit dan imbas kod QR untuk penyertaan.

Setiap pembelian Netflix gift card bernilai RM 55 akan melayakkan anda satu penyertaan manakala pembelian Netflix gift card bernilai RM 100 pula akan melayakkan anda menerima tiga penyertaan dan anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

7-Eleven Malaysia akan memilih 14 pemenang bertuah yang akan memenangi hadiah menarik seperti berikut :

1x Hadiah Utama – Wang Tunai bernilai RM 10,000

3x Hadiah Pertama – Wang Tunai bernilai RM 5,000

10x Hadiah Istimewa – baucar e-tunai 7-Eleven bernilai RM 1,000.

Maklumat lanjut mengenai peraduan Netflix Buy & Win sila layari www.7eleven.com.my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.