Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Pro disahkan hadir dengan sensor selfie dalam skrin

Telefon pintar flagship realme bagi tahun 2022 iaitu realme GT 2 Pro akan menjadi model paling premium yang pernah dilancarkan oleh syarikat ini.

Selain reka bentuk panel belakang yang luar biasa, realme GT 2 Pro juga akan memiliki reka bentuk hadapan yang menampilkan sensor kamera selfie dalam skrin.


Melihat kepada gambar paparan hadapan realme GT 2 Pro, telefon pintar ini dilihat akan tampil dengan kamera selfie dalam skrin.

Selain itu, sumber ini juga mendakwa bahawa realme GT 2 Pro akan hadir didalam dua varian yang menggunakan skrin paparan 120Hz QHD+ dan namun satu akan menawarkan teknologi kamera dalam skrin

realme dilaporkan akan membuat pengumuman mengenai realme GT 2 Pro hari ini.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.