Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 60 dan Honor 60 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 778G+ dan sensor 108MP

Honor 60 dan Honor 60 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 778G+ dan sensor 108MP 13Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 60 Series selang beberapa bulan selepas memperkenalkan Honor 50 Series dan ianya tampil dengan reka bentuk yang hampir sama.

Honor 60 dan Honor 60 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 778G+ dan sensor 108MP 14

Honor 60 Pro menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cip 6nm Snapdragon 778G+ manakala Honor 60 masih kekal dengan cip Snapdragon 778G seperti pada Honor 50.

Honor 60 dan Honor 60 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 778G+ dan sensor 108MP 15

Bercakap mengenai skrin, Honor 60 dan Honor 60 Pro hadir dengan skrin paparan 10-bit OLED yang mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Walaubagaimanapun, Honor 60 Pro tampil dengan skrin paparan quad-curved berukuran 6.78-inci manakalan Honor 60 pula tampil dengan skrin dual-curved pada sisi dengan ukuran 6.67-inci.

Honor 60 dan Honor 60 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 778G+ dan sensor 108MP 16

Beralih kepada kamera, Honor 60 dan Honor 60 Pro tampil dengan sensor utama 108MP namun Honor 60 Pro disertakan dengan sensor ultrawide 50MP yang mempunyai pemfokusan auto dan juga berupaya mengambil gambar makro pada jarak 2.5cm. Honor 60 masih mengekalkan sensor ultrawide 8MP manakala sensor ketiga pada kedua-dua model ini adalah sensor depth 2MP.

Beralih kepada kamera selfie pula, Honor 60 Pro menampilan sensor 50MP yang mempunyai 100° FOV manakala Honor 60 tampil dengan sensor 32MP.

Honor 60 dan Honor 60 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 778G+ dan sensor 108MP 17

Honor 60 dan Honor 60 Pro memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W dan ini memberikan anda 50% pengecasan didalam masa 15 minit sahaja.

Selain itu, Honor 60 Series juga hadir dengan antaramuka Magic UI 5.0 yang berasaskan Android 12.

Honor 60 dan Honor 60 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 778G+ dan sensor 108MP 18

Berikut adalah harga Honor 60 dan Honor 60 Pro di China :

Honor 60 8/128GB – CNY 2,699 (RM 1,785)

Honor 60 8/256GB – CNY 2,999 (RM 1,984)

Honor 60 12/256GB – CNY 3,299 (RM 2,182)

Honor 60 Pro 8/256GB – CNY 3,699 (RM 2,447)

Honor 60 Pro 12/256GB – CNY 3,999 (RM 2,645)

Dalam pada itu, buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai pelancaran antarabangsa bagi Honor 60 Series ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.