Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung sasar untuk jual 390 juta unit telefon pintar pada tahun 2022

Laporan terbaru daripada syarikat media Korea Selatan iaitu The Elec mendedahkan Samsung mempunyai sasaran yang tinggi bagi tahun 2022 dan ingin menguasai pasaran telefon pintar global dengan 21.9%.


Eksekutif Samsung meramalkan bahawa pandemik yang berpanjangan akan meningkatkan  jualan telefon pintar pada tahun 2022 dan Samsung mahu mengambil kesempatan ini.

Jualan telefon pintar global pada tahun 2022 dijangka mencapai 1.52 bilion unit dan untuk mencapai 21.9% pasaran telefon pintar, Samsung harus menjual 390 juta unit telefon pintar.

Walaubagaimanapun, hanya 33 juta daripada jumlah ini akan disumbangkan oleh Samsung Galaxy S22 Series manakala 267 juta unit Samsung Galaxy A23 dan A33 disasarkan untuk dijual diikuti 92 juta unit Galaxy A53 dan Galaxy A72.

Untuk menjadikan sasaran ini satu realiti, Samsung dilaporkan akan memperkenalkan strategi pemasaran yang agresif dengan spesifikasi yang lebih pada harga berbaloi .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.