Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A95 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 20 November ini – RM 1,099


Oppo A95 telah dilancarkan di Malaysia beberapa hari lalu pada harga RM 1,099 dan ianya akan mula dijual pada 20 November.

Setiap pembelian Oppo A95 juga akan menerima Enco Buds bernilai RM159 dengan hanya menambah RM1 apabila membuat pembelian di My OPPO Space, Kedai-Kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, semua Pengedar Sah OPPO, Kedai Atas Talian Sah OPPO, Rakan Rangkaian Kedai dan Rakan e-dagang seperti Shopee, Lazada serta Astro Go Shop.

Selain itu, ahli My OPPO boleh menebus tawaran tambahan bernilai sehingga RM 100 di aplikasi My Oppo Members iaitu baucar beli 1 percuma 1 minuman Starbucks dan bekas telefon pintar edisi khas bernilai RM RM 99. Tawaran boleh ditebus dari 20 November hingga 14 Januari 2021.

Pelanggan juga boleh mendapatkan 6 bulan jaminan tambahan bernilai RM49.90 dan OPPO VOOC Powerbank bernilai RM229 apabila membeli OPPO A95 di Stor Atas Talian Rasmi OPPO dan mengambilnya di OPPO Brand Store.

Dalam pada itu, Oppo juga telah mengumumkan promosi eksklusif bagi pembelian Oppo A95 di Oppo Brand Store yang mana anda boleh mendapatkan Oppo Band yang bernilai RM 159 pada harga RM 95 sahaja (jimat RM 64).

Roadshow Oppo A95

Bukan itu sahaja! Untuk meraikan ketibaan Oppo A95, OPPO Malaysia menawarkan hadiah hebat dan eksklusif bernilai sehingga RM70,000 pada roadshow OPPO A95 di Mid Valley yang akan berlangsung pada 20 November 2021.

100 pelanggan pertama yang membeli OPPO A95 pada pameran ini akan menerima Powerbank Oppo VOOC Flash Charge bernilai RM229.

Oppo juga akan menganjurkan beberapa permainan menarik dan interaktif untuk anda memenangi hadiah hebat.

Berikut adalah lokasi roadshow Oppo A95 :

Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur – 15-21 November 2021

Sutera Mall, Johor Bahru – 15-21 November 2021

Setapak Central, Kuala Lumpur – 20-26 November 2021

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.