Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Program Apple Self Service Repair – beli alat ganti tulen dari Apple dan baiki sendiri iPhone anda


Dalam satu pengumuman yang mengejut, Apple telah melancarkan program baik pulih peranti yang dikenali sebagai “Self Service Repair” yang membolehkan pelanggan yang mempunyai pengalaman membeli komponen dan alat gantian iPhone dan melakukan pembaikan sendiri.

Ini bermaksud, pengguna akan mempunyai akses kepada komponen dan alat gantian tulen Apple dan program ini akan dimulakan dengan memfokuskan kepada jenis pembaikan yang selalu diperlukan seperti penggantian bateri, penggantian skrin paparan dan modul kamera bagi iPhone 13 dan iPhone 13 Pro. Apple juga merancang untuk meliputi komputer M1 Mac didalam program ini pada masa akan datang.

Selain itu, pelanggan boleh membuat pembelian alat gantian tulen Apple dan mereka juga akan menerima kredit bagi pembelian akan datang apabila komponen yang lama dipulangkan semula kepada Apple.

Dalam pada itu, sebanyak 200 alat gantian akan ditawarkan di Apple Store  yang baharu dan syarikat ini akan menawarkan risalah panduan pembaikan ini.

Program Apple Self Service Repair ini akan mula ditawarkan di Amerika Syarikat pada tahun 2022 sebelum ditawarkan ke pasaran lain selepas itu.

Buat masa ini Apple belum mengeluarkan maklumat harga alat gantian dibawah program ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.