Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip flagship Qualcomm akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen 1

Cip flagship Qualcomm akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen 1 1

Cip flagship Qualcomm akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen 1 2
Skema nama cip pemprosesan keluaran Qualcomm adalah sangat konsisten beberapa tahun lalu namun dengan pelancaran pelbagai varian cip pemprosesan menjadikan portfolio produk syarikat ini sedikit mengelirukan.

Qualcomm nampaknya bakal mengubah skema nama cip pemprosesan mereka dan ianya akan bermula dengan pelancaran cip pemprosesan flagship Qualcomm Snapdragon 898.

Tipser Digital Chat Station dan Ice Universe mendakwa bahawa cip flagship Qualcomm ini akan dinamakan sebagai Snapdragon 8 Gen 1 dan bukanya Snapdragon 898.

Perubahan skema nama ini nampaknya akan turut melibatkan semua Series cipset keluaran syarikat dan ini akan memudahkan pengguna untuk membezakan cipset mengikut generasi dan series cipset tersebut.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.