Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 60 Series akan dilancarkan di China seawal bulan hadapan


Telefon pintar Honor 50 mungkin baru sahaja memasuki pasaran global namun ini tidak menghalang syarikat ini melancarkan Honor 60 seawal bulan hadapan. Leakster @Whylab mendedahkan bahawa Honor 60, Honor 60 Pro dan Honor 60 SE akan dilancarkan.

Selain itu, Honor 60 dan Honor 60 Pro dikatakan akan menawarkan pengecasan pantas 60W manakala Honor 60 SE akan menawarkan pengecasan 40W

Selain itu, penyenaraian 3C juga mendedahkan telefon pintar Honor dengan nombor model GIA-AN0 yang dikatakan sebagai Honor 60 dan ianya konsisten dengan laporan yang mengatakan telefon pintar ini menyokong pengecasan pantas 60W.

Selain itu, Honor 60 Pro juga dijangka akan hadir pemproses Snapdragon 870, bateri 4,500mAh dan satu modul kamera yang menempatkan 5 sensor kamera.

Honor 50 Lite akan dilancarkan di Malaysia pada 25 November ini

Dalam pada itu, Honor 50 SE telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 25 November ini selepas pelancaran Honor 50 awal bulan ini.
sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.