Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 11T kini RM 100 lebih murah dengan 2 tahun waranti


Jualan 11.11 telah bermula sejak tengah malam tadi dan Xiaomi telah mengumumkan satu lagi tawaran menarik bagi salah satu model telefon pintar flagship syarikat ini iaitu Xiaomi 11T

Mulai 11 November sehingga 25 November, Xiaomi Malaysia akan menawarkan Xiaomi 11T pada harga RM 1,599 bagi versi 8/128GB dan RM 1,799 bagi versi 8/256GB yang mana ianya adalah RM 100 lebih murah berbanding harga asal.

Tidak setakat itu, setiap pembelian Xiaomi 11T juga akan menerima Mi True Wireless Earphones 2 Basic dan lanjutan waranti tambahan selama setahun (1+1 tahun).

Promosi menarik ini boleh dinikmati di stor Xiaomi dan wakil pengedar sah rasmi. Untuk senarai store sila lihat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.