Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Q3T dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 778G kini rasmi

realme Q3T dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 778G kini rasmi 7
realme secara rasminya telah melancarkan realme Q3T untuk pasaran China yang dilihat sebagai sebuah peranti midrange dengan skrin paparan 144Hz.

realme Q3T hadir dengan skrin paparan 144Hz berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar kecerahan maksima 600nits. Ianya adalah panel punch-hole yang turut menempatkan kamera selfie 16MP.

Selain itu, realme Q3T juga hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 778G,8GB RAM, 256GB storan dalaman dan realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11. realme Q3T juga menyokong ciri Dynamic RAM Expansion (DRE)yang menawarkan tambahan 5GB RAM.

realme Q3T dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 778G kini rasmi 8
Selain itu, realme Q3T juga mempunyai sensor kamera utama 48MP bersama satu sensor monokrom dan sensor makro.

Beralih kepada bateri, realme Q3T hadir dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W.

realme Q3T dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 778G kini rasmi 9

Lain-lain spesifikasi realme Q3T adalah sensor capjari pada sisi dan sokongan 5G.

Beralih kepada harga, realme Q3T kini ditawarkan di China pada harga CNY 2,099 (RM 1,362).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.