Maklumat promosi pra-tempahan Oppo A95 diumumkan – hadiah percuma bernilai RM 498
Oppo A95 telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 15 November ini dan maklumat
pra-tempahan bagi telefon pintar ini telah diumumkan sebelum pra-tempahan dibuka.
Oppo Malaysia telah mendedahkan bahawa setiap pra-tempahan Oppo A95 ini akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 486 dan ahli My Oppo juga boleh menebus kod baucar diskaun bernilai RM 50.
Selain itu, Oppo juga akan menawarkan peluang untuk anda memiliki Oppo Enco Buds yang bernilai RM 159 pada harga RM 1 sahaja dengan pra-tempahan Oppo A95 ini.
Dalam pada itu, bagi pengguna yang membuat pra-tempahan di Oppo Online Store dan memilih untuk mengambilnya di mana-mana OPPO Brand Store akan menerima tambahan 6 bulan waranti bernilai RM 49.90 dan OPPO VOOC Powerbank bernilai RM229.
maklumat lanjut mengenai promosi pra-tempahan Oppo A95 di SINI
