Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama : Samsung Galaxy A52s 5G – Peranti Midrange 5G Terbaik daripada Samsung

Samsung Galaxy A52s 5G Malaysia

Samsung Galaxy A52s 5G

Telefon pintar midrange popular Samsung iaitu Galaxy A Series merupakan siri telefon pintar yang memberikan pengguna satu pakej telefon pintar yang lebih hampir kepada peranti flagship pada harga yang lebih berpatutan.

Jika siri flagship Samsung seperti Galaxy S Series dan Galaxy Z Series hanya dilancarkan setiap 12 bulan sekali, pendekatan yang diambil Samsung pada Galaxy A Series adalah lebih agresif dimana generasi baharu akan diperkenalkan didalam masa 6 bulan sahaja.

Pada April yang lalu, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy A52 5G yang menawarkan pengguna sebuah telefon pintar 5G serba lengkap pada harga dibawah RM 2,000 dan kini Samsung telah mula menawarkan Samsung Galaxy A52s 5G di Malaysia dengan harga RM 1,899 sahaja.

Berikut adalah pandangan pertama Samsung Galaxy A52s 5G yang mungkin boleh anda pertimbangkan untuk pembelian jika sedang mencari sebuah peranti midrange 5G yang berpatutan.

Pandangan Pertama : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G Terbaik daripada Samsung 11
Buka Kotak

Samsung Galaxy A52s 5G tampil didalam kotak yang mudah dan anda pasti menarik nafas lega kerana Samsung masih menawarkan adapter pengecasan didalam kotak pembelian telefon pintar ini.

Kotak Samsung Galaxy A52s 5G anda akan tampil didalam warna putih dengan cetakan telefon pintar ini didalam warna pilihan anda. Kami menerima unit reviu didalam warna Awesome Black.

Selain itu, Samsung Galaxy A52s 5G juga ditawarkan didalam 3 lagi warna iaitu Awesome White, Awesome Violet, dan Awesome Mint.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy A52s 5G ini juga akan hadir dengan filem perlindungan skrin yang siap pasang dari kilang dan tiada sebarang case disertakan dalam kotak namun anda pasti lega untuk mengetahui bahawa setiap pembelian telefon pintar ini akan turut menerima clear standing cover bernilai RM 109 secara percuma (sehingga 31 Oktober).

Selain itu, didalam kotak terdapat juga adapter pengecasan 15W,  kabel USB-C serta beberapa risalah penting seperti kad waranti, manual penggunaan dan cara pengaktifan Samsung Pay.

Pandangan Pertama : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G Terbaik daripada Samsung 12
Reka Bentuk Elegan

Samsung Galaxy A52s 5G dilihat mewarisi reka bentuk DNA yang dimiliki telefon pintar flagship Samsung S21 Series.

Panel belakang Samsung Galaxy A52s 5G ini tampil didalam kemasan matte dan ini membolehkan permukaan belakang telefon pintar ini kekal bebas daripada capjari.

Selain itu, reka bentuk modul kamera Samsung Galaxy A52s 5G ini juga sama seperti pada Galaxy S21 Series yang kemas dan ianya menempatkan empat kamera berkemampuan tinggi berserta dengan lampu flash LED.

Untuk menghasilkan kesan dwi-tona, Samsung telah memilih untuk menggunakan rangka besi yang tampil dengan kemasan yang berkilat.

Anda juga pasti gembira untuk mengetahui bahawa Samsung Galaxy A52s 5G juga memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP67.

Pandangan Pertama : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G Terbaik daripada Samsung 13

Skrin Paparan Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz

Salah satu aspek utama yang menjadi pertimbangan pengguna sebelum membeli sebuah telefon pintar adalah skrin paparan.

Pada era telefon pintar menjadi hub multimedia dan hiburan, memiliki panel skrin paparan yang terbaik dan dengan kadar segar semula yang tinggi adalah satu kemestian.

Menyedari perkara ini, Samsung telah menggunakan panel skrin paparan Super AMOLED Infinity-O bersaiz 6.5-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Skrin paparan dengan kadar segar semula 120Hz adalah satu ciri yang biasa ditawarkan pada peranti flagship namun teknologi ini juga telah mula ditawarkan pada telefon pintar midrange pada harga yang berpatutan seperti Samsung Galaxy A52s 5G.

Skrin 120Hz bermaksud setiap kandungan pada skrin akan dipaparkan pada kadar 120 bingkai sesaat yang lebih lancar dan imersif.

Pandangan Pertama : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G Terbaik daripada Samsung 14
Quad Kamera 64MP dengan OIS

Samsung Galaxy A52s 5G ini juga tampil dengan tetapan kamera gred setaraf flagship iaitu sensor utama 64MP yang memiliki pengstabilan imej optikal (OIS) untuk hasil gambar yang berkualiti tanpa sebarang kekaburan.

Bersama-sama sensor utama 64MP, Galaxy A52s juga memiliki sensor ultrawide 12MP bersama satu sensor 5MP yang menawarkan fotografi makro dan satu sensor depth 5MP.

Nantikan ulasan penuh kami untuk melihat sendiri hasil gambar daripada Samsung Galaxy A52s 5G

Pandangan Pertama : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G Terbaik daripada Samsung 15

Dapatkan Samsung Galaxy A52s 5G sekarang!

Samsung Galaxy A52s 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 dan bagi pembelian sebelum 31 Oktober 2021, anda akan menerima Clear Standing Cover bernilai RM109 secara percuma.

Selain itu, anda juga boleh menikmati diskaun sebanyak 20% jika berminat untuk mendapatkan Samsung Care+ 1 Year Accidental & Liquid Breakage Plan atau Samsung Care+ 2 Years Accidental & Liquid Breakage and Breakdown Plan dimana-mana Samsung Experience Store – promosi ini sah sehingga 31 Disember 2021.

Nantikan ulasan penuh Samsung Galaxy A52s 5G di www.mobilefokus.com dan ikuti Facebook kami untuk perkembangan lanjut.

Dapatkan Samsung Galaxy A52s 5G di Samsung Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.