Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord 2 PAC-MAN Edition akan dilancarkan tidak lama lagi

OnePlus Nord 2 PAC-MAN Edition akan dilancarkan tidak lama lagi 3

OnePlus secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar OnePlus Nord 2 PAC-MAN Edition akan dilancarkan tidak lama lagi.

OnePlus Nord PAC-MAN Edition ini akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti OnePlus Nord 2 yang biasa yang mempunyai 12GB RAM dan 256GB storan dalaman namun panel belakang edisi khas ini akan tampil dengan rekaan ‘Glow in the dark’.

Selain itu, OnePlus Nord PAC-MAN Edition juga akan menampilkan antaramuka dengan tema Pac-Man.

Selain daripada itu, reka bentuk telefon pintar OnePlus Nord PAC-MAN Edition ini masih belum diketahui namun ianya akan ditawarkan dipasaran India, United Kingdom dan Eropah pada harga INR 37,999 (RM 2,135)

Sebagai perbandingan, OnePlus Nord 2 12/256GB yang biasa ditawarkan pada harga INR 34,999 (RM 1,966).

Bagi kita di Malaysia, OnePlus Nord 2 kini ditawarkan di pasaran tempatan pada harga dari RM 1,399 dan RM 1,799 bagi versi 12/256GB.

Dalam pada itu, anda boleh mendapatkan OnePlus Nord 2 12/256GB pada harga RM 1,499 sahaja sempena jualan 11.11 di Shopee yang bermula tengah malam  ini.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.