Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan produk hangat Honor pada harga eksklusif sempena promosi 11.11


HONOR Malaysia telah mengumumkan Promosi 11.11 yang tampil dengan diskaun sehingga 25% dan Lazada Bonus bernilai RM160.

Promosi di Stor Rasmi HONOR bermula 8 hingga 11 November, manakala di Stor Flagship Lazada dan Stor Rasmi Shopeepula akan berlangsung secara eksklusif pada 11 November sahaja.

ULASAN : HONOR 50 5G – Telefon Pintar Yang Mampu Mengembalikan Kegemilangan HONOR

Telefon pintar vlog HONOR terbaik, HONOR 50 versi 6+128GB akan ditawarkan secara eksklusif bersama HONOR Magic Watch 2 42mm di Lazada, dan peminat perlu membuat pra tempah sebelum 10 November untuk menikmati tawaran bundle menarik ini.

Log masuk ke Stor Flagship HONOR Malaysia di Lazada setiap hari bagi menebus bonus Lazada sehingga RM160 dan nikmati diskaun tambahan!

 Berikut senarai peranti yang bakal mengujakan peminat dengan diskaun menarik sehingga 25%!

 Lazada Chop Dulu (25 Oktober – 10 November)

  1. HONOR 50 (6GB+128GB) dan MagicWatch 2 42mm – RM 1,958 (Jimat RM 340)
  2. HONOR 50 (6GB+128GB) dan MagicWatch 2 46mm – RM 1,998 (Jimat RM 350)

Selain itu, Honor juga menawarkan diskaun bagi pembelian HONOR 50 (6GB+128GB) iaitu hanya RM 1,539 berbanding harga asal RM 1,699.

Dalam pada itu, sempena jualan 11.11 ini, HONOR jug telah mengumumkan promosi istimewa bagi komputer riba Honor MagicBook, jam pintar Honor MagicWatch 2, Honor Earbuds 2 Lite dan Honor Band 6.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.