Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M4 Pro akan dilancarkan pada 9 November ini


Poco secara rasminya telah mengesahkan bahawa Poco M4 Pro akan dilancarkan pada

9 November ini dan ianya adalah model terakhir didalam Poco M Series untuk tahun 2021.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai Poco M4 Pro ini diketahui namun ianya dikatakan akan berasaskan Redmi Note 11 Series yang dilancarkan di China semalam.

Khabar angin yang mengatakan ianya mungkin sama seperti model Redmi Note 11 tidak begitu mengejutkan kerana Poco M3 Pro secara asasnya adalah Redmi Note 10 5G dengan sedikit perbezaan kosmetik pada bahagian kamera.

Dengan pelancaran masih berbaki sekitar 10 hari, Poco dijangka akan mendedahkan sedikit sebanyak spesifikasi utama telefon pintar ini di akaun Twitter mereka.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.