Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 9 kini rasmi dengan skrin paparan 120Hz dan Snapdragon 778 4G


HUAWEI nova 9 kini rasmi dengan skrin paparan 120Hz dan Snapdragon 778 4G 3
HUAWEI secara rasminya telah melancarkan HUAWEI nova 9 bagi pasaran global dan ianya tampil dengan panel skrin OLED 120Hz dan tetapan quad-kamera 50MP.

HUAWEI nova 9 hadir dengan pemproses Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

HUAWEI nova 9 hadir dengan skrin paparan OLED 1.07 bilion warna berukuran 6.57-inci yang mempunyai resolusi FHD+. Skrin ini juga mempunyai sokongan kadar segar semula 120Hz dan sensor capjari dalam skrin. Kamera nova 9 adalah sensor 32MP.

Dalam pada itu, pada bahagian belakang, HUAWEI nova 9 juga memiliki sensor utama RYYB 50MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.

HUAWEI nova 9 juga disertakan dengan bateri 4,300mAh dengan pengecasan pantas 66W.

HUAWEI nova 9 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.