Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch GT 3 Series kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED dan 14 hari jangka hayat bateri


HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan jam pintar HUAWEI Watch GT 3 Series yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

HUAWEI Watch GT 3 hadir didalam dua saiz iaitu 46mm dan 42mm yang masing-masing menawarkan sehingga 14 hari dan 7 hari jangka hayat bateri.

HUAWEI Watch GT 3 46mm tampil dengan skrin paparan Always On AMOLED berukuran 1.43-inci manakala HUAWEI Watch GT 3 42mm pula menampilkan skrin paparan Always On AMOLED berukuran 1.32-inci.

HUAWEI Watch GT 3 Series ini juga menyokong bacaan heart rate, 100+ mod kecergasan, bacaan SpO2 dan satu butang fizikal yang dikenali sebagai Rotating Crown.

Selain itu, HUAWEI Watch GT 3 Series ini juga mempunyai Dual-Band Five-System GNSS, sokongan pengecasan tanpa wayar, pemproses ARM Cortex-M,  32MB ROM, 4GB storan dalaman dan sistem operasi HarmonyOS 2.0.

HUAWEI Watch GT 3 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.