Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia Pro-I dengan Sensor 1.0-inci kini rasmi – harga sekitar RM 8,705


Sony secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Xperia terbaru mereka iaitu Xperia Pro-I yang mana “I”’pada telefon pintar ini merujuk kepada Imaging.

Sony Xperia Pro-I menjadi telefon pintar pertama diluar pasaran China untuk hadir dengan sensor 1.0-inci yang mempunyai pemfokusan PDAF. Sensor ini diambil dari kamera kompak Sony RX100 VII yang telah di optimasi untuk telefon pintar.

Sensor utama Exmor RS ini juga hadir dengan lensa Zeiss yang mempunyai dua aperture boleh ubah iaitu f/2.0 dan f/4.0.

Selain itu, Sony Xperia Pro-I ini juga disertakan dengan satu sensor ultrawide 12MP – 16mm f/2.2 dan sensor telefoto 50mm f/2.4 2x pada resolusi 12MP.

Selain itu, sensor utama Sony Xperia Pro-I juga mempunyai Real-time Eye autofocus, dan butang shutter fizikal pada sisi untuk tangkapan gambar yang lebih mudah ketika mod landskap.


Beralih kepada spesifikasi lain telefon pintar ini, Sony Xperia Pro-I hadir dengan skrin paparan 4K OLED berukuran 6.5-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz, pemproses Snapdragon 888, 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Selain itu, Sony Xperia Pro-I juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Sony Xperia Pro-I akan ditawarkan pada harga €1,799 (RM 8,705) dan akan memasuki pasaran sekitar bulan Disember.

Buat masa ini masih belum ada maklumat pelancaran di Malaysia namun pihak Sony Malaysia telah membuka pendaftaran minat bagi pengguna yang berminat mendapatkan telefon pintar ini.

Daftar Minat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.