Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Ultra dijangka akan hadir dalam warna Dark Red dan Phantom Green


Maklumat mengenai telefon pintar flagship Samsung Galaxy S22 telah hangat diperkatakan sejak beberapa bukan kebelakangan ini dan kini warna yang akan ditawarkan pada model ini juga telah mula diketahui.

Sebagai contoh, model paling premium didalam keluarga ini iaitu Samsung Galaxy S22 Ultra dilaporkan akan hadir didalam warna merah yang dikenali sebagai Dark Red bersama-sama warna putih dan hitam.

Selain itu, laporan terbaru daripada GalaxyClub kini mendedahkan bahawa Samsung Galaxy S22 Ultra juga akan ditawarkan didalam warna hijau yang mungkin dikenali sebagai Phantom Green seperti pada Samsung Galaxy Z Fold3.

Pelancaran Samsung Galaxy S22 Series dijangka akan berlangsung pada awal tahun 2022.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.