Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 11 Series akan memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 120W


Xiaomi Redmi Note 11 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Oktober ini dan syarikat ini kini telah mengesahkan satu lagi ciri utama telefon pintar ini.

Menurut akaun Weibo rasmi Redmi, Note 11 Series akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas 120W yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar midrange Redmi.

Pengesahan rasmi ini tiba selepas Digital Chat Station mendedahkan perkara yang sama dua minggu lalu.

Pengecasan pantas 120W adalah peningkatan mendadak berbanding generasi sebelum ini dimana Note 10 Series hanya menawarkan pengecasan 67W di China manakala bagi pasaran antarabangsa hanya pengecasan pantas 33W disertakan.

Walaubagaimanapun, Redmi Note 11 Series dijangka akan tampil dengan pengecasan pantas 120W bagi pasaran China dan pasaran antarabangsa memandangkan teknologi ini telah ditawarkan pada Xiaomi 11T Pro.

Selain itu, Redmi Note 11 juga telah disahkan akan tampil dengan skrin paparan AMOLED.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.