Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar foldable Oppo mungkin dilancarkan pada November 2021 dengan cip Snapdragon 888

Telefon pintar foldable Oppo mungkin dilancarkan pada November 2021 dengan cip Snapdragon 888 3
Telefon pintar foldable daripada Oppo telah lama diperkatakan dengan pelancaran pada tahun ini dilihat semakin hampir menjadi realiti.

Menurut khabar angin terbaru dari China, telefon pintar foldable Oppo akan dilancarkan pada bulan November 2021 dan laporan ini juga mendedahkan bahawa ianya akan tampil dengan skrin boleh lipat LTPO berukuran 8.0-inci yang mempunyai kadar segar mula 120Hz.

Selain itu, telefon pintar foldable Oppo ini juga akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 888 walaupun cip Qualcomm ini sudah semakin penghujung kitaran produk yang akan menyaksikan pelancaran generasi baharu sebelum penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, leakster ini juga mendakwa bahawa telefon pintar foldable Oppo ini tidak akan hadir dengan harga murah dan ianya juga berkemungkinan besar tidak memasuki pasaran global.

Selain itu, telefon pintar foldable Oppo ini juga dilaporkan akan hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX766 manakala kamera selfie adalah 32MP.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.