Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia 1 III kini RM 400 lebih murah – RM 5,399

Sony Xperia 1 III kini RM 400 lebih murah - RM 5,399 9
Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon flagship Sony Xperia 1 III yang dilancarkan pada bulan Ogos yang lalu kini ditawarkan pada harga RM 5,399 iaitu dengan diskaun sebanyak 400 sehingga 31 Oktober ini.

Sony Xperia 1 III hadir dengan skrin paparan 4K OLED berukuran 6.5-inci dengan aspek ratio 21:9 untuk pengalaman visual cinematik dan panel ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz serta HDR.

Sony Xperia 1 III kini RM 400 lebih murah - RM 5,399 10
Sony Xperia 5 III

Selain itu, Sony Xperia 1 III hadir dengan cip Snapdragon 888 dimana Xperia 1 III dipadankan dengan 12GB RAM bersama-sama  storan dalaman 256GB.

Sony Xperia 1 III kini RM 400 lebih murah - RM 5,399 11

Sony Xperia 1 III menampilkan penggunaan tiga sensor 12MP iaitu sensor utama 12MP f/1.7 dengan OIS, sensor Ultrawide 12MP f/2.2 yang juga mempunyai pemfokusan auto dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan kadar zoom optik 2.9x dan 4.4x selain aperture yang boleh ditetapkan pada kadar f/2.3 atau f/2.8. Xperia 1 III juga mempunyai tambahan sensor 3D iToF.

Selain itu, kadar zoom digital kini mencapai jarak 300mm dan Sony memberikanya nama AI super resolution zoom.

Selain itu, kamera kedua-dua model flagship Xperia ini juga memiliki lensa ZEISS dengan T coating, pemfokusan auto real-time Eye, Optical SteadyShot dan rakaman video 4K pada 120fps. Kamera selfie adalah 8MP

Beralih kepada bateri, Sony Xperia 1 III memiliki bateri yang sama iaitu 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W dan Sony juga menjanjikan sehingga 3 tahun jangka hayat bateri yang baik.

Dalam pada itu, Sony Xperia 1 III juga mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar.

Sony Xperia 1 III kini RM 400 lebih murah - RM 5,399 12

Akhir sekali, Sony Xperia 1 III tampil dengan lapisan gelas keselamatan Gorilla Glass Victus pada bahagian hadapan manakala pada bahagian belakang terdapat lapisan gelas Gorilla Glass 6. Sony Xperia 1 III kini RM 400 lebih murah - RM 5,399 13

Sony Xperia 1 III juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP65/68.

Sony Xperia 1 III ini ditawarkan pada harga RM 5,399 didalam dua warna Frosted Black dan Frosted Purple.

Beli Sony Xperia 1 III di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.