Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 – TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 23
Pengenalan

Samsung Galaxy Buds2, TWS terbaru daripada Samsung telah dilancarkan pada majlis pelancaran Samsung Galaxy Z Series yang telah berlangsung pada bulan Ogos.

TWS terbaru Samsung ini dilihat sebagai model susulan kepada Samsung Galaxy Buds+ namun ianya mewarisi teknologi Active Noise Cancellation yang ditawarkan pada Buds Pro.

Samsung Galaxy Buds2 telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM 499 dan ianya hadir didalam 4 warna menarik iaitu Lavender, Oliver, Graphite dan White namun tidak kira warna apa yang anda pilih, bekas pengecasan ini akan tetap hadir didalam warna putih.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy Buds2 yang dilihat sebagai satu lagi TWS premium berpatutan daripada Samsung.

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 24
Reka Bentuk

Samsung Galaxy Buds2 hadir dengan reka bentuk yang kompak dimana setiap satu ear buds ini mempunyai berat hanya 5 gram dan ianya adalah 15% lebih kecil berbanding generasi pertama Galaxy Buds.

Ianya juga tampil dengan bekas pengecasan yang lebih kecik dan mudah disimpan didalam poket.

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 25

Selain itu, bekas pengecasan Samsung Galaxy Buds2 ini hadir didalam warna putih berkilat dan ianya adalah sama bagi semua warna yang ditawarkan dan hanya bahagian dalaman bekas pengecasan ini mengikut warna yang anda pilih.

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 26

Unit review kami hadir didalam warna graphite yang lebih kepada warna kelabu dan skema warna ini juga digunakan pada earplug silikon yang turut disertakan didalam beberapa saiz tambahan untuk pemakaian yang lebih selesa.

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 27

Samsung Galaxy Buds2 juga mempunyai panel sesentuh pada kedua-dua earbuds yang membolehkan anda mengaktifkan beberapa tetapan seperti satu tap untuk play/pause, dua tap untuk ke lagu seterunya dan tiga tap untuk ke lagu sebelum ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 28
Aplikasi Samsung Wearable

Selain itu, Samsung juga menyertakan satu ciri yang mampu menguji tahap keselesaan Galaxy Buds2 pada telinga iaitu dengan menggunakan ciri ‘Earbud fit test’ pada aplikasi Samsung Wearable yang ditawarkan di Google Play Store dan Apple App Store.

Walaupun Samsung Galaxy Buds2 boleh digunakan bersama peranti Android atau iOS, anda mungkin terlepas beberapa ciri tambahan yang hanya boleh di akses apabila TWS ini digunakan bersama peranti Samsung yang lain.

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 29

Pada bahagian hadapan dan dalam , Samsung Galaxy Buds2 juga mempunyai lampu notifikasi LED manakala pada bahagian belakang yang berhampiran dengan engsel bukaan, terdapat slot USB-C untuk pengecasan dan kabel pengecasan juga disertakan didalam kotak.

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 30
Samsung Galaxy Buds2 juga menyokong pengecasan tanpa wayar Qi.

Jangka Hayat Bateri

Samsung mendakwa bahawq Galaxy Buds2 mampu menawarkan sehingga 5 jam pendengaran dengan mod ANC namum apabila dinyahaktifkan, anda boleh menikmati tambahan waktu pendengaran sebanyak 2.5 jam.

Selain itu, dengan bekas pengecasan Samsung Galaxy Buds2 ini jumlah waktu pendengaran boleh di panjangkan sehingga 20 jam dengan mod ANC di aktifkan.


ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 31
Kualiti Bunyi

Samsung Galaxy Buds2 telah memberikan kami satu pengalaman audio yang baik dengan kedan bass yang kaya tanpa perlu meningkatkan jumlah bass yang ditawarkan secara automatik.

Kualiti audio yang ditawarkan Galaxy Buds2 juga dilihat mampu menyaingi Galaxy Buds Pro dan ianya akan menawarkan anda kualiti pendengaran terbaik kerana menggunakan Scalable Codec yang dibangungkan oleh Samsung sendiri.

Selain itu, aplikasi Samsung Wearable juga menawarkan pelbagai pilihan EQ yang boleh ditala sesuai dengan pendengaran muzik anda.

Samsung harus diberikan pujian kerana ianya mampu menawarkan satu TWS yang menawarkan satu pengalaman pendengaran yang menyeronokan dan imersif walaupun ianya bukan lah TWS flagship keluaran syarikat ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 32

Ciri ANC

Memandangkan teknologi ANC (Active Noise Cancellation) kini telah mula ditawarkan pada TWS entry-level, adalah tidak masuk akal jika Galaxy Buds2 tidak memiliki ciri ANC ini.

Teknologi ANC yang digunakan pada Samsung Galaxy Buds2 ternyata mampu mengasingkan bunyi bising persekitaran dengan lebih efektif iaitu sehingga 98% berdasarkan dakwaan Samsung dan mereka juga mempunyai UL Verification yang menyokong peratusan ini.

Ini bermaksud pemakai Samsung Galaxy Buds2 boleh menikmati pendengaran muzik yang imersif tidak kira keadaan bunyi di persekitaran.

Anda juga diberi pilihan untuk mendengar keadaan bunyi sekeliling dengan mengaktifkan mod Ambient Sound.

ULASAN : Samsung Galaxy Buds2 - TWS Premium dengan ANC pada harga RM 499 sahaja 33
Penutup

Samsung Galaxy Buds2 meneruskan rentak positif syarikat gergasi korea ini didalam industri TWS yang sangat berdaya saing.

Pelancaran TWS baharu setiap 6 bulan juga membolehkan Samsung menawarkan teknologi terbaik pada kualiti dan harga yang berpatutan seperti pada Galaxy Buds2 ini.

Samsung Galaxy Buds2 kini ditawarkan untuk pembelian pada harga RM 499 sahaja dan pembelian boleh dibuat di Samsung Online Store.

Beli Samsung Galaxy Buds2 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.