Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip3 5G kini ditawarkan melalui pelan postpaid Digi, Maxis, Celcom dan U Mobile


Samsung Galaxy Z Flip3 5G, telefon pintar foldable kompak Samsung dikatakan telah mendapat sambutan yang baik sejak pelancaran pada bulan Ogos yang lalu.


Samsung Galaxy Z Flip3 5G kini turut ditawarkan di Malaysia dengan harga RM3999 bagi varian 128GB dan RM4199 bagi varian 256GB.

Selain itu, bagi menggalakan lebih banyak pengguna beralih kepada telefon pintar foldable, Samsung Mobile Malaysia kini telah mula menawarkan Galaxy Z Flip3 5G melalui syarikat telekomunikasi utama seperti Maxis, Digi, Celcom dan U Mobile.


Digi menawarkan Samsung Galaxy Z Flip3 5G melalui pelan Digi Postpaid pada harga serendah RM 122 sebulan manakala Maxis tampil dengan tawarkan serendah RM 1 bagi Galaxy X Flip3 5G melalui pelan Maxis Postpaid.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik


Dalam pada itu, Celcom pula menawarkan penjimatan sehingga RM 1,800 bagi pembelian telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip3 melalui pelan Celcom Mega manakala U Mobile menawarkanya pada harga serendah RM 129 sebulan melalui pelan ansuran Upackage.

Maklumat lanjut mengenai pelan postpaid bagi Samsung Galaxy Z Flip3 5G boleh diketahui melalui pautan dibawah:

Digi Postpaid | Maxis Postpaid

Celcom Mega | U Mobile Upackage

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.