Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Di Sebalik Tabir Bagaimana Samsung Menguji Ketahanan Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G

Di Sebalik Tabir Bagaimana Samsung Menguji Ketahanan Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G 5
Pengguna peranti terbaru Samsung Galaxy Z Series iaitu Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G sangat gembira dengan daya ketahanan telefon pintar foldable ini.

Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan peranti boleh lipat yang tahan lasak, Samsung perlu tampil dengan cara inovatif untuk membangun dan menguji peranti.

Tanpa sebarang pengalaman didalam peranti foldable, Samsung telah menghabiskan bertahun-tahun melakukan ribuan percubaaan, bersandarkan kepada pelbagai perspektif dan membangunkan cara sesuatu teknologi itu di praktikan.

 

Hasilnya, Samsung dapat membangunkan teknologi baharu seperti Armor Aluminium, dan mengoptimumkan komponen yang ada pada lapisan panel paparan untuk mengekalkan mutu  ketahanan tertinggi.

Ujian inovatif berteknologi tinggi Samsung merangkumi ruang persekitaran, ketahanan air IPX8, kebolehgunaan S Pen dan ujian lipatan.

Di Sebalik Tabir Bagaimana Samsung Menguji Ketahanan Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G 6

Ujian ruang persekitaran memastikan bahawa ciri, seperti tontonan video, dan komponen, seperti kamera berfungsi dengan baik pada pelbagai cuaca – termasuk keadaan kering, lembab, panas atau sejuk.

Ujian ketahanan air juga membuktikan kualiti tinggi telefon pintar foldable pertama yang kalis air dengan menguji pada kedudukan lipatan yang berbeza, termasuk pada mod Flex. Dengan ujian lukisan S Pen, Samsung juga dapat memastikan prestasi digitizer di bawah paparan yang boleh dilipat termasuk di mana ia dilipat.

Untuk memastikan bahawa telefon pintar foldable ini sesuai dengan namanya, peranti siri Galaxy Z juga telah menjalani ujian lipatan yang ketat sehingga melebihi 200,0001 lipatan – atau sekitar lima tahun penggunaan jika peranti dilipat sebanyak 100 kali sehari.

Ujian lipatan yang dipertingkatkan ini juga mencerminkan corak pengguna sebenar dalam senario dunia nyata seperti melipat dan membuka lipatan dengan menggunakan kedua belah tangan.

Tontoni Video Ujian Ketahanan yang dijalankan oleh Samsung :

Samsung Galaxy Z Series kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 3,999 dan untuk mengetahui tawaran terkini, sila layari laman Samsung Malaysia.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.