Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme UI 3.0 dengan Android 12 kini rasmi – berikut adalah senarai model yang layak

realme UI 3.0 dengan Android 12 kini rasmi - berikut adalah senarai model yang layak 11

realme secara  rasminya telah memperkenalkan realme UI 3.0 yang berasakan Android 12 dan antaramuka ini juga hadir dengan beberapa penambahbaikan yang menarik.

realme UI 3.0 dengan Android 12 kini rasmi - berikut adalah senarai model yang layak 12

Fluid Space Design

realme 3.0 UI hadir dengan reka bentuk ikonlebih ekspresif, susun aturnya lebih teratur, dan pengalaman UI lebih lancar.

Ikon diperbaharui sepenuhnya dengan reka bentuk ikon 3D yang baru.

realme UI 3.0 dengan Android 12 kini rasmi - berikut adalah senarai model yang layak 13

Personalisasi

realme UI sentiasa menawaekan pengguna menterjemahkan diri dengan banyak personalisasi tersendiri. Ikon, latar belakang, fon, dan elemen lain semuanya mengikut citarasa pengguna.

realme UI 3.0 kini menyokong penyesuaian warna tema global. Pengguna dapat memilih warna kegemaran mereka sebagai warna tema. Selanjutnya, AOD juga ditingkatkan. Pengguna boleh memuat naik foto pilihan mereka dan menikmati reka bentuk AOD yang unik.

realme UI 3.0 dengan Android 12 kini rasmi - berikut adalah senarai model yang layak 14
realme UI 3.0 juga telah melancarkan AOD maskot realme iaitu realmeow.

realme UI 3.0 dengan Android 12 kini rasmi - berikut adalah senarai model yang layak 15

Kelancaran dan Fungsi

Hasil penyelidikan realme, majoriti pengguna sangat berpuas hati dengan pengalaman lancar realme UI 2.0 dan ini telah diperbaiki lagi dalam UI realme 3.0.

AI Smooth Engine telah diperkenalkan dalam realme UI 3.0, yang menambah kelancaran dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Ini mengurangkan penggunaan memori sebanyak 30%, meningkatkan keseluruhan prestasi pelancaran aplikasi sebanyak 10%, dan meningkatkan daya tahan bateri sebanyak 12%.

Privasi

realme UI 3.0 juga mengemas kini fungsi privasinya untuk memastikan bahawa data dan maklumat peribadi pengguna lebih selamat daripada sebelumnya.

Senarai Peranti yang akan menerima realme UI 3.0

realme UI 3.0 kini sedang disesuaikan untuk setiap model. realme secara beransur-ansur akan membuka percubaan untuk lebih banyak model.

Oktober 2021 – realme GT

Disember 2021 – realme X7 Max, realme GT Master Edition, realme 8 Pro dan realme GT Neo2 5G

Q1 2022 – realme X50 Pro 5G, realme 7 Pro, realme X7 Pro, realme 8 4G, realme Narzo 30, realme C25, realme C25s, realme narzo 50A dan realme 8i

Q2 2022 – realme X7, realme X3, realme X3 SuperZoom, realme 8 5G, realme 8s, realme 7 5G, realme Narzo 30 Pro 5G dan realme Narzo 30 5G

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.