Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 9 RT kini rasmi dengan cipset Snapdragon 888 – harga lebih berpatutan

OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus 9 RT yang hadir dengan pemproses Snapdragon 888.

OnePlus 9 RT hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED berukuran 6.62-inxo dengan resolusi 120Hz yang menyokong HDR10+.

Untuk gaming tanpa gangguan, OnePlus 9 RT juga mempunyai tiga antena Wi-Fi pada sekeliling peranti dan terdapat juga 4D haptic.


Bersama- sama pemproses Snapdragon 888, terdapat dua kapasiti RAM jenis LPDDR5 yang ditawarkan iaitu 8GB atau 12GB manakala storan dalaman adalah jenis UFS 3.1 pada kapasiti 128GB atau 256GB.

Selain itu, sistem penyejukan OnePlus 9 RT juga telah ditambah baik yang mana teknologi Space Cooling ini tampil dengan heat sink yang 59% lebih besar sekaligus meningkatkan kadar pelesapan haba sebanyak 20%.

Beralih kepada kamera pula, OnePlus 9 RT hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor ultrawide 120° beresolusi 16MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP iaitu sensor Sony IMX471.

Pada bahagian bateri, OnePlus 9 RT hadir dengan sel bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas WarpCharge 65T.

Selain itu, OnePlus 9 RT juga mempunyai sensor capjari dalam skrin, pembesar suara stereo Dolby Atmos, dual-5G, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.

Berikut adalah harga OnePlus 9 RT

OnePlus 9 RT 8/128GB – CNY 3,199 (RM 2,065)

OnePlus 9 RT 8/256GB – CNY 3,399 (RM 2,195)

OnePlus 9 RT 12/256GB – CNY 3,699 (RM 2,387)

Status pelancaran antarabangsa OnePlus 9 RT masih belum diketahui buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.