Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TWS Nothing ear (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Oktober ini

TWS Nothing ear (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Oktober ini 1

TWS Nothing ear (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Oktober ini 2
Nothing secara rasminya telah mengesahkan bahawa produk pertama syarikat ini iaitu Nothing ear (1) akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Pengesahan ini tiba selepas pembukaan stor rasmi Nothing di Shopee baru-baru ini.

Nothing ear (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Oktober ini pada jam 12 tengahari dan anda boleh menyaksikan sendiri pelancaran ini di YouTube Muaz Malik atau di Shopee 

TWS Nothing ear (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Oktober ini 3
Nothing ear (1) adalah produk audio TWS daripada syarikat ini yang hadir dengan reka bentuk yang unik.

Nothing ear (1) hadir dengan Clear Voice Technology yang menggunapakai tiga mikrofon definisi tinggi dan terdapat juga teknologi active noice cancelling.

Nothing ear (1) ini mempunyai pemacu 11.6mm yang sangat berkuasa dan ianya juga tampil dengan reka bentuk lutsinar pada earbuds dan case.

TWS Nothing ear (1) akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Oktober ini 4

Selain itu, Nothing ear (1) mempunyai berat hanya 4.7gram dan ianya juga dilengkapi dengan bateri  yang mampu menawarkan sehingga 5 jam pendengaran atau sehingga 34 jam dengan bekas pengecasan.

Nothing ear (1) juga tampil dengan pensijilan IPX4, Google Fast Pair dan boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.