Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 2,999

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,999 13

Asus Mobile secara rasminya telah telefon pintar gaming Republic of Gamers yang terbaru iaitu Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro untuk pasaran Malaysia dengan harga juala dari RM 2,999.

Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.68-inci dengan kadar segar semula 144Hz namun resolusi dikekalkan pada kadar 1080p+.

Skrin paparan Asus ROG Phone 5s Series ini juga mempunyai sokongan HDR10+ dan turut dilapisi gelas Corning Gorilla Glass Victus.

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,999 14
Asus ROG Phone 5s

Asus ROG Phone 5s Pro hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888+ yang dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 18GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Beralih kepada bateri pula, Asus ROG Phone 5s dan ROG 5s Pro menampilkan bateri berkapasiti 6,000mAh (2×3,000mAh) dengan sokongan pengecasan pantas Asus HyperCharge 65W.

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,999 15
Asus ROG Phone 5s Pro

Seperti pada telefon pintar ROG Phone sebelum ini, anda akan mempunyai dua slot USB-C iaitu dibahagian bawah dan pada bahagian sisi untuk pengecasan dalam mod landskap atau menggunakan kipas AeroActive Cooler 5 yang disertakan didalam kotak dengan pembelian Asus ROG Phone 5s Pro.

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,999 16
Lebih menarik, Asus juga membawa semula bicu audio 3.5mm pada ROG Phone 5 dan ROG Phone 5 Pro dan ianya dilengkapi ESS Sabre ES9280AC Pro Quad DAC.

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,999 17

Bahagian kamera Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro adalah sensor tri-kamera 64MP Sony IMX686 seperti pada ROG Phone 3 dan ianya turut menampilkan kamera selfie yang sama.

Selain itu, Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo Cirrus Logic CS35L45 yang 21% lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini.

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,999 18

Selain itu, perbezaana antara ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro adalah pada panel belakang dimana ROG Phone 5s menampilkan logo Republic of Gamers dengan lampu RGB manakala versi Pro tampil dengan satu skrin yang diberi nama ROG Vision Display yang berwarna.

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,999 19

Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro tampil dengan antaramuka ROG UI berasaskan Android 11.

Berikut adalah harga Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s di Malaysia :

Asus ROG Phone 5s 8/128GB – RM 2,999

Asus ROG Phone 5s 16/256GB – RM 3,799

Asus ROG Phone 5s Pro 18/512GB – RM 4,999

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,999 20
Pra-tempahan Asus ROG Phone 5s Series akan dibuka mulai 8 Oktober ini wakil pengedar sah rasmi Asus manakala stor rasmi Lazada akan mula membuka tempahan pada 9 Oktober ini (tengah malam ini)

Pra-tempah di Lazada (mulai 9 Oktober ):

ROG Phone 5s Pro:

ROG Phone 5s

Pra-tempah melalui wakil pengedar sah  (mulai 8 Oktober):

Senarai wakil pengedar sah di SINI  

Setiap pembelian akan turut menerima ROG STRIX GO 2.4 headset bernilai RM 749 secara percuma dan juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan potongan bernilai RM 100 untuk membeli ROG Clip yang bernilai RM 149.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.