Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Mini 6 kini ditawarkan di Malaysia – dari RM 2,299


Apple iPad Mini 6 yang dilancarkan bersama Apple iPhone 13 Series kini telah mula ditawarkan untuk pembelian dengan harga jualan dari RM 2,299.

Apple iPad Mini 6 ini hadir dengan reka bentuk baharu dan cip pemprosesan Apple A15 Bionic.

Apple iPad Mini 6 ini hadir dengan reka bentuk yang lebih rata yang menempatkan skrin paparan Liquid Retina berukuran 8.3-inci yang mempunyai kadar kecerahan 500nits namun kadar segar semula adalah 60Hz.

Selain itu, skrin paparan ini juga menyokong input Apple Pencil dan ianya boleh dilekapkan pada sisi yang mempunyai medan magnetik.


Dalam pada itu, Apple iPad Mini 6 juga hadir dengan pembesar suara stereo, butang kuasa yang menempatkan sensor TouchID, bateri yang dicaj menggunakan USB-C (20W), WiFi 6 dan sokongan 5G.

Selain itu, Apple iPad Mini juga hadir dengan kamera 12MP dan bahagian belakang dan sensor ultra wide 12MP pada bahagian hadapan yang juga mempunyai ciri Centre Stage.

Apple iPad Mini 6 ini ditawarkan didalam 4 warna iaitu Space Gray, Pink, Purple dan Starlight.


Berikut adalah harga Apple iPad Mini 6 di Malaysia :

Apple iPad Mini 6 WiFi 64GB – RM 2,299

Apple iPad Mini 6 WiFi + 5G 64GB – RM 2,949

Apple iPad Mini 6 WiFi 256GB – RM 2,949

Apple iPad Mini 6 WiFi + 5G 256GB – RM 3,599

Apple iPad Mini 6 kini ditawarkan melalui stor atas talian rasmi Apple Malaysia.

Dapatkan iPad Mini di Apple Malaysia

Apple juga menawarkan harga pelajar bagi iPad Mini 6 dan pelbagai produk lain pada harga yang lebih murah.

Maklumat lanjut kunjungi Apple Education StoreĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.