Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lee Zii Jia Dilantik Duta Jenama LG PuriCare oleh LG Electronics


Pengeluar dan pemenang anugerah dalam produk kelengkapan rumah
, LG Electronics (LG) telah melantik pemain badminton ternama, Lee Zii Jia, sebagai duta jenama untuk produk inovatif berjenama, LG PuriCare.

Kerjasama dengan Lee Zii Jia memaparkan komitmen LG dalam membolehkan gaya hidup sihat untuk masyarakat Malaysia dan usaha berterusannya dalam menyediakan produk terkini yang bersih, pantas dan tepat untuk komuniti.  

Dengan slogan, Life’s On, Live Better, jenama LG PuriCare berhasrat untuk bekerjasama dengan Lee Zii Jia untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia akan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan di masa ini, yang mampu direalisasikan melalui penyelesaian canggih air dan udara: Penapis Air Tanpa Tangki, Penapis Udara dan produk terkini, Penapis Udara Mudah Pakai.

Hidup Sihat Bersama-sama LG PuriCare

Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare dengan teknologi tanpa tangki yang canggih sentiasa memperkenalkan inovasi terkini bagi memenuhi kehendak dan persekitaran yang sentiasa berubah.

Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare  memenuhi keperluan permintaan pengguna untuk kesenangan, keselamatan dan kebersihan dengan ciri-ciri seperti sistem penapisan tiga peringkat yang mampu untuk menghapuskan mikroorganisma dan tujuh jenis logam seperti raksa, plumbum, arsenik, besi, tembaga dan aluminium di dalam air.

Teknologi tanpa tangki menapis air secara terus tanpa memerlukan tangki, yang berpotensi untuk menghasilkan mikroorganisma, memastikan tahap kebersihan yang tinggi untuk pengguna. 

Penapis Udara 360° LG PuriCare dengan sistem penapisan dan teknologi pembersihan udara terkini memastikan pengudaraan yang bersih dan segar di rumah.

Dengan reka bentuk unggul 360 darjah, produk ini terus mencipta persekitaran dalaman yang selesa, sihat dan mudah untuk diletakkan di mana sahaja di dalam bilik.

Sebagai tambahan, ciri Mod Turbo membenarkan Penapis Udara 360° LG PuriCare untuk mengalirkan udara bersih setinggi 7.5 meter. Kipas bereka bentuk condong dan keupayaan untuk berputar sehingga 70 darjah secara lateral, menolak udara segar yang ditapis ke semua bahagian di dalam bilik.

Penapis Udara Mudah Pakai LG PuriCare yang baharu dan telah ditambah baik adalah penyelesaian kepada pengudaraan peribadi yang membenarkan pernafasan udara segar dan bersih sambil udara dibersihkan secara menyeluruh.

Penapis Udara Mudah Pakai LG PuriCare dilengkapi dengan kipas pengalir udara automatik bagi meningkatkan keselesaan ketika bernafas. Ia juga digandingkan dengan dua penapis HEPA H13, penapis yang sama digunakan di dalam penapis udara premium untuk kegunaan di rumah, bagi memastikan udara yang dihirup adalah bersih dan sihat.

Penapis Udara Mudah Pakai LG PuriCare ini telah terbukti mampu untuk menghapuskan partikel yang memudaratkan seperti habuk, virus, bakteria dan alergan sehingga 99.95 peratus menggunakan penapis HEPA H13 ini.

Baca : ULASAN : LG PuriCare Wearable Air Purifier- Penapis Udara Yang Memberikan Anda Udara Bersih Sepanjang Masa

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.