Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google sahkan pelancaran Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro pada 19 Oktober ini


Google secara rasminya telah mengesahkan ianya akan mengadakan majlis pelancaran Pixel pada 19 Oktober ini yang akan menyaksikan pelancaran Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

Majlis pelancaran Pixel ini akan berlangsung pada jam 10 pagi waktu Pasifik atau sekitar 1 pagi waktu Malaysia (20 Oktober).

Selain itu, majlis pelancaran ini dijangka akan hanya menyaksikan pelancaran Pixel 6 dan Pixel 6 Pro tidak seperti tahun-tahun sebelum ini dimana lebih daripada satu produk Google diperkenalkan.

Walaubagaimanapun, Google juga dijangka akan mengeluarkan senarai roadmap kemaskini Android 12 bagi peranti Pixel yang lain.

Menyentuh sedikit mengenai Google Pixel 6 Series, ianya telah disahkan akan menjadi telefon pintar pertama Google untuk hadir dengan cip Google Tensor dan sensor kamera Samsung.

Maklumat harga dan tarikh jualan Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dijangka akan diumumkan pada majlis pelancaran ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.