Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Malaysia akan lancarkan beberapa produk AIoT pada 7 Oktober ini – termasuk realme Air Purifier


realme Malaysia akan lancarkan beberapa produk AIoT pada 7 Oktober ini - termasuk realme Air Purifier 3
realme secara rasminya telah mengumumkan pelancaran beberapa produk AIoT terbaru pada 7 Oktober ini.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman media sosial realme Malaysia, syarikat dijangka akan memperkenalkan lebih daripada satu produk yang termasuk realme Handheld Vaccum Cleaner, realme Air Purifier, realme Hair Dryer dan realme TechLife Robot Vacuum.

Produk AIoT daripada realme sentiasa mendapat sambutan yang baik di Malaysia dan pelancaran produk baharu ini juga dijangka akan memberikan akses produk yang lebih berpatutan kepada pengguna.

Anda boleh saksikan majlis pelancaran ini pada 7 Oktober ini di Facebook realme Malaysia yang akan bermula pada jam 12 tengahari.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.