Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jenama Teknologi Nothing kini rasmi di Malaysia – Nothing ear (1) akan ditawarkan tidak lama lagi


Nothing, sebuah syarikat teknologi pengguna telah melancarkan produk pertama mereka ke pasaran iaitu Nothing ear (1) pada bulan Julai yang lalu dan kini ianya telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia.

Lebih membanggakan, Malaysia akan menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara bagi Nothing dan produk pertama mereka iaitu Nothing ear (1) akan ditawarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Bersempena dengan pengumuman ini, Nothing juga telah membuka stor rasmi Nothing di Shopee Malaysia iaitu Nothing_os

Selain itu, Nothing juga kini mengadakan satu kempen ‘follower’ yang membolehkan anda berpeluang memenangi hadiah menarik daripada Nothing yang termasuk satu unit Nothing ear (1).

Berikut adalah maklumat kempen ‘followers’ yang kini sedang berlangsung di stor rasmi Nothing di Shopee.

Fasa 1 – 50 x baucar stor bernilai RM 50 + 50 Shopee Coin (selepas mencapai 1,000 Followers)

Fasa 2 – 20 x baucar stor bernilai RM 100 + 100 Shopee Coin (selepas mencapai 2,000 Followers)

Fasa 3 – 1 x Nothing ear (1) (selepas mencapai 3,000 Followers).

Maklumat lanjut di Facebook Nothing, Instagram (@nothing), laman rasmi dan stor rasmi Nothing di Shopee (Nothing_os).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.