Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 berjaya mencapai angka jualan 1 juta unit


Selang sebulan selepas pelancaran rasmi, generasi terbaru telefon pintar foldable Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3 dilaporkan akan mencapai angka jualan terkumpul satu juta unit di Korea Selatan.

Jumlah ini adalah sesuatu yang memberangsangkan memandangkan telefon pintar foldable ini hampir menyamai rekod telefon pintar terpantas untuk mencapai angka 1 juta unit di Korea yang sama seperti Galaxy Note 10 dan Galaxy S8 Series.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G


Selain itu, populariti Samsung Galaxy Z Flip3 juga lebih baik berbanding Samsung Galaxy Z Fold3 pada nisbah 2:1 dan ianya tidak mengejutkan kerana Galaxy Z Flip3 adalah model yang lebih berpatutan.

Dalam pada itu, jualan Samsung Galaxy Z Series juga dilaporkan sangat baik sehingga Samsung membatalkan pelancaran Galaxy S21 FE.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Z Flip3 ditawarkan pada harga dari RM 3,999 manakala Samsung Galaxy Z Fold3 pula ditawarkan pada harga dari RM 6,699.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.