Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 dilaporkan akan dilancarkan pada suku pertama 2022 dengan cip Snapdragon 898 4G


HUAWEI Mungkin telah kehilangan gelaran sebagai kuasa besar industri telefon pintar, namun kebolehan R&D syarikat ini masih kukuh.

HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 kini rasmi dengan Snapdragon 888 4G dan generasi baharu Kamera Leica

Selepas HUAWEI P50 Series tertunda hampir 4 bulan, HUAWEI Mate 50 yang pada mulanya dikatakan tidak akan dilancarkan kini dikatakan mungkin akan diperkenalkan lebih lewat.

Tipster dari China iaitu Digital Chat Station mendakwa HUAWEI Mate 50 akan dilancarkan pada suku pertama 2022 dengan menggunakan cip pemprosesan flagship 2022 daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 898 4G.

Khabar angin ini juga bercanggah dengan laporan awal yang mengatakan pelancaran HUAWEI Mate 50 akan berlangsung pada bulan Oktober.

Selain itu, Digital Chat Station juga mendakwa bahawa HUAWEI Mate 50 ini akan hadir dengan pemproses SM8425 SoC yang merupakan kod model bagi cip pemprosesan flagship generasi baharu daripada Qualcomm yang mungkin dinamakan sebagai Snapdragon 898.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.