Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Pro menduduki tempat ke-4 ujian kamera DxOMark dengan 137 mata


Apple iPhone 13 Pro telah melalui ujian kamera DxOMark dan telefon pintar terbaru Apple ini telah menerima 137 mata yang membolehkanya menduduki tempat ke-4 didalam carta telefon pintar dengan kamera terbaik.

Apple iPhone 13 Pro menggunakan sensor kamera yang lebih besar namun masih mengekalkan penggunaan resolusi 12MP pada ketiga-tiga sensor kamera yang digunakan.

Apple iPhone 13 Pro telah memperoleh 144 mata bagi ujian gambar manakala bagi kebolehan zoom, DxOMark telah memberikan 76 mata hasil penggunaan zoom optik 3x berbanding hanya 2.5x pada iPhone 12 Pro Max.

Selain itu, Apple iPhone 13 Pro juga telah menerima 119 mata bagi rakaman video yang mana model tahun ini tampil dengan mod rakaman Cinematic.

Beralih kepada ujian kamera selfie pula, Apple iPhone 13 Pro telah menerima 99 mata yang meletakkanya di tangga ke-12 dalam kedudukan telefon pintar dengan kamera selfie terbaik.

Kedudukan ke-4 keseluruhan didalam tangga DxOMark bermaksud telefon pintar flagship Apple ini masih dibelakang HUAWEI Mate 40 Pro+, Xiaomi Mi 11 Ultra dan HUAWEI P50 Pro.

Anda boleh membaca ulasan penuh ujian kamera DxoMark di SINI

#Apple iPhone 13 Pro Max mempunyai tetapan kamera yang sama.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.